Tentang Teman




> Teman adalah manusia biasa yang tidak akan lepas dari salah dan lupa.Teman yang baik adalah teman yang mahu berbesar hati meminta maaf jika salah dan memaafkan kesalahan teman yang sudah berbuat salah.Teman itu bererti seseorang di luar diri kita yang telah mengenal kita.Teman adalah orang yang tidak membuat kita merasa buruk juga tidak membuat kita menjadi buruk.


Pendengar dan Pengkritik - Kecuali kamu seorang yang bisu, kamu tidak akan menceritakan kenangan, masalah, dongengan atau idea kepada sahabat. Tapi sebagai manusia, kita akan terus berkomunikasi sehingga bila-bila walau dengan apa cara sekali pun. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita kita. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan.  Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya     untuk menghancurkan. Kritikan juga berupa sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea. Idea penting untuk seorang pemimpin.

Pencerita - Kita juga sahabat kepada mereka. Jadi, kita juga pendengar dan kita juga pengkiritik atas segala cerita merekaDengan menjadi pendengar, ini memberi pulangan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada seorang pemimpin.Dengan juga menjadi seorang pengkiritik, ianya membuka ruangan untuk berfikir dan membina jalan untuk sebuah penyelesaian. Jika cerita yang disampaikan tentang kejadian buruk, kita akan mengambil iktibar dan mempelajari pengajarannya. Jika cerita baik, kita akan turut sama menumpah pengalaman tentang formula kebaikkan tersebut.

 Mengembangkan Perhubungan - Seperti media sosial, sahabat anda mungkin sahabat saya atau bakal sahabat. Bakal sahabat? Ini berlaku apabila sahabat kamu memperkenalkan sahabat mereka. Ini penting kerana ianya mengembangkan jaringan anda atau lebih kita fahami "Network". Setiap manusia punyai kemahiran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Jadi, jaringan membuka peluang untuk seorang pemimpin mengenal pasti dan menggunakan peluang tersebut dalam menambah baik sesuatu proses atau menyelesaikan masalah

 Pembimbing - Pemimpin juga perlukan bimbingan. Tidak semua yang dibimbing betul. Sebagai manusia biasa, tidak akan lari kita daripada masalah dan tidak akan kita berhenti untuk menjadi lebih baik. Sahabat dapat membimbing kerana mereka punyai latar belakang dan perjalanan hidup Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan sekali pun.Pentingnya seorang sahabat ke atas kejayaan seorang pemimpin amatlah banyak dan besar. Binalah empayar kejayaan berseorangan, tanpa pertolongan sesiapa. Pasti berjaya, tapi berapa lama dan berapa jauh nilai kejayaan tersebut. Ataupun, segala usaha hanya sia-sia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment